SELEPAS mengambil pemain dari Jepun, Tam Sheang Tsung untuk beraksi di bahagian tengah, kelab utara tanah air, Penang FC dilaporkan bakal mengambil seorang lagi pemain pertahanan.
Penang FC dikatakan bakal mengambil pemain muda berusia 22 tahun berdarah kacukan Itali-Filipina, Christian Rontini.
Rontini yang juga pemain skuad kebangsaan Filipina itu sebelum ini pernah beraksi di liga Itali bersama kelab Sangiovannese.
Dia mula menyertai kelab Itali itu pada 2018 dan ditawarkan kontrak selama setahun.
Kemampuannya beraksi dengan baik di padang kemudian telah memikat hati kelab tersebut untuk melanjutkan kontrak pemain itu sehingga Jun 2020.
Selepas itu, telah dipinjam ke kelab Azkals yang beraksi di liga Filipina sebelum kembali semula ke kelab sebelumnya.
Rontini sebelum ini dilihat sebagai bintang muda yang bakal menyinar bersama skuad kebangsaan terutamanya ketika dia beraksi untuk skuad bawah 23 tahun. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram