TONGGAK prolifik, Azrie Reza Zamri, dikhabarkan tidak kembali ke pangkuan Penang FC dan kekal bersama skuad Polis Diraja Malaysia FC (PDRM FC) musim depan.
Pemain tengah menyerang skuad Harimau Kumbang itu sebelum ini dipinjamkan ke The Cops musim ini.
Terdahulu pada Mei 2021, bekas pemain tengah Penang FC, Azrie Reza Zamri, menganggap keputusannya ke pasukan Liga Perdana, PDRM FC dari skuad Harimau Kumbang itu secara pinjaman sebagai satu rahmat.
Azrie Reza sebelum itu beraksi cemerlang apabila menjaringkan 11 gol untuk skuad Piala Presiden Pulau Pinang musim 2019, namun mula kehilangan tempat dalam kesebelasan utama musim ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram