Gol ke-100 Mane bikin Klopp bangga


  • Podium
  • Ahad, 19 Sep 2021

MANE meraikan gol ke-100 ketika menentang Crystal Palace di Anfield pada Sabtu. — AFP

BINTANG Liverpool, Sadio Mane mencipta rekod peribadinya yang tersendiri apabila menyumbat gol ke-100 bersama kelab itu pada Sabtu.

Rekod itu dicipta ketika The Reds menumpaskan Crystal Palace 3-0 di Anfield dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain Senegal itu turut mencatat rekod baharu EPL untuk jumlah perlawanan berturut-turut menentang lawan sama bagi seseorang pemain yang berjaya menjaringkan gol.

Dalam sembilan perlawanan berturut-turut menentang Palace, Mane sering menjaringkan gol.

Mane menjaringkan gol terbabit dalam penampilannya ke-224 untuk The Reds.

Selain Mane, Mohamed Salah dan Naby Keita turut mencipta nama sebagai penjaring pada perlawanan semalam, sekali gus meletakkan Liverpool di tangga teratas liga ketika ini.

Rekod diraih oleh Mane itu turut menerima pujian daripada pengurus kelab itu, Jurgen Klopp.

"Orang tidak nampak untuk 100 gol ini dia bekerja sangat kuat, bertahan untuk kami, memberi tekanan kepada lawan, menyerang balas, membuat umpanan, mencipta peluang.

"Saya gembira dia berjaya mencapainya, ia adalah pencapaian besar dalam sejarah kelab di mana hanya 18 pernah menjaringkan 100 gol," ujar Klopp. — AFP

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram