SEM9 Gank guna Haha sebagai memperingati jurulatih


  • eSports
  • Jumaat, 17 Sep 2021

SEM9 Gank meletakkan perkataan ‘Haha’ dalam setiap nama permainan (IGN) - wtmtoday

SEKALI pun sudah menempuh populariti, semua pemain Pubg Mobile pasukan SEM9 Gank tidak pernah melupakan pengorbanan individu bergelar jurulatih, Agusalim Amran (Agus).

Allahyarham Agus yang dikenali sebagai Hahagus sentiasa ada dalam setiap pemain SEM9 Gank dan mereka ada cara sendiri untuk cuba bawa aura bekas jurulatih itu.

Ketika menyertai Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura Musim Keempat (PMPL MYSG S4) 2021, baru-baru ini, setiap pemain SEM9 Gank meletakkan perkataan ‘Haha’ dalam setiap nama permainan (IGN).

Kesemua pemain SEM9 Gank menggunakan IGN S9HahaBrav01, S9Hahadep, S9HahaDraxx, S9Hahaman dan S9HahaPut.

Allahyarham Agus menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sg Buloh pada jam 8.56 malam, 13 Ogos lalu selepas bertarung nyawa dengan Covid-19.

Hasil bimbingan Allahyarham Agus, skuad Malaysia berjaya memenangi Kejohanan Final Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (SEA Final) buat kali pertama dalam sejarah.

Untuk rekod, sebelum bergelar jurulatih, Allahyarham Agus merupakan seorang pemain profesional PUBG dan memiliki pengikut lebih 88,800 orang di Facebook Gaming. – Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

esports, haha, pubg