Messi, Neymar mungkin beraksi di Liga Juara-Juara


  • Podium
  • Ahad, 12 Sep 2021

MESSI dan Neymar tidak beraksi bersama PSG sejak 29 Ogos lalu kerana aksi antarabangsa. — Reuters

PENGURUS Paris Saint Germain (PSG), Mauricio Pochettino memberi bayangan bahawa Lionel Messi dan Neymar mungkin akan diturunkan dalam aksi Liga Juara-Juara menentang Club Brugge pada Khamis.

Messi dan Neymar tidak diturunkan ketika kemenangan 4-0 ke atas Clermont di laman sendiri dalam perlawanan Liga Perancis pada Sabtu kerana beraksibersama skuad negara masing-masing dalam aksi kelayakan Piala Dunia, tetapi Pochettino mengesahkan kedua-duanya akan bersedia untuk membantu pasukan di Bruges, Belgium.

"Mereka kembali ke Paris pada hari Jumaat malam dan berlatih hari ini. Saya gembira kerana walaupun mereka letih, mereka tidak menghadapi masalah fizikal

"Mereka akan berada di sini untuk perlawanan Rabu," kata Pochettino pada sidang media selepas kemenangan kelima berturut-turut PSG dalam saingan liga.

Neymar memulakan aksi bersama PSG pada musim ini ketika perlawanan liga menentang Stade de Reims pada 29 Ogos lalu, hari sama Messi melakukan penampilan sulung bersama kelab apabila masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua.

Sejak perlawanan itu, kedua-duanya tidak bermain untuk PSG kerana dipanggil beraksi pada kelayakan Piala Dunia bersama Argentina dan Brazil.

Ketika ketiadaan mereka, Kylian Mbappe memikul tanggungjawab sebagai penggempur utama dengan menjaringkan gol ketiga pasukan dan beberapa kali memberi ancaman kepada barisan pertahanan Stade de Reims. — Reuters

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram