E-sukan dipertandingkan di temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028?


  • eSports
  • Selasa, 31 Ogos 2021

MAJORITI peminat e-sukan pastinya menantikan acara itu dipertandingkan di Sukan Olimpik suatu hari nanti. — Agensi

BIDANG e-sukan menarik hampir 500 juta penonton seluruh dunia dan menjana pendapatan sebanyak lebih AS$1 bilion (RM4.2 bilion), lapor portal Quartz.

Bagaimanapun, e-sukan masih belum mendapat tempat sepenuhnya dalam temasya Sukan Olimpik.

Tahun ini, Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) hanya mengadakan acara Olympic Virtual Series buat julung kalinya sebagai selingan sebelum temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula baru-baru ini.

Bagaimanapun, terdapat beberapa cabaran yang menyukarkan usaha IOC daripada mengiktiraf e-sukan dalam temasya sukan paling berprestij itu.

E-sukan tidak mempunyai persatuan di peringkat global dan kebanyakan permainan video di dunia seperti League of Legends dan Counterstrike mempunyai unsur ganas serta tidak sesuai dengan tujuan IOC memupuk semangat saling menghormati dan persahabatan dalam sukan.

Sebelum ini, IOC mengatakan e-sukan belum sesuai untuk Olimpik 2024 di Perancis tetapi pintu masih terbuka pada Olimpik 2028 ketika acara sukan dunia itu bakal diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

Ketua Majlis Olimpik Los Angeles, Casey Wasserman merupakan peminat e-sukan dan kebarangkalian untuk orang ramai melihat e-sukan dalam sukan Olimpik adalah tinggi.

Selain itu, e-sukan akan memberi lebih banyak pendapatan kepada IOC jika dijadikan sebagai acara dalam sukan Olimpik. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Artikel Berkaitan:

Suara Soloz di Mobile Legends

e-sukan, olimpik