BEBERAPA negara luar menghadapi ancaman besar susulan penularan varian Covid-19, BA.2.86 atau dikenali sebagai Pirola (berketurunan JN.1) yang dilaporkan buat pertama kalinya sejak Ogos lalu.
Negara yang terkesan setakat ini adalah Amerika Syarikat (AS), Denmark, Sepanyol, Belgium, Perancis dan Belanda.
Sejak minggu lalu, varian tersebut menular di AS dan tidak terkecuali di Malaysia, namun perkara itu tidak perlu menimbulkan panik, memandangkan varian BA2.86 dan JN.1 tidak berada dalam kategori Variant of Concern (VOC).
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS dalam satu laporan berkata, Pirola mula dikesan di AS disebabkan perbezaan genetik yang membezakannya daripada versi Covid-19 sebelumnya.
Namun, Varian BA.2.86 ini menyaksikan lebih daripada 30 mutasi berbanding varian Omicron XBB.1.5, yang juga varian dominan untuk sebahagian besar kes Covid-19 pada 2023.
Bulan lalu, BA.2.86 hampir tidak membentuk satu peratus daripada kes Covid-19 di AS, tetapi ia mendorong kepada peningkatan kadar kes jangkitan virus itu sekali gus menunjukkan peningkatan penularan ke Australia, Asia dan Kanada.
BA.2.86 atau Pirola merupakan varian dalam pemantauan WHO sejak 17 Ogos lalu.
Apa itu BA.2.86 atau Pirola?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pertama kali mengklasifikasikan BA.2.86 sebagai 'varian dalam pemantauan' pada 17 Ogos lalu selepas dikaitkan denagan lebih 6,300 kes di 47 negara.
Setakat ini subvarian Pirola tidak mempunyai gejala teruk yang boleh menyebabkan kematian.
Di Britain, pesakit hanya mengalami gejala ringan bahkan ada juga yang tidak bergejala.
Lima simptom Pirola:
1. Selsema
2. Sakit kepala
3. Keletihan
4. Bersin
5. Sakit tekak
Pada Disember lalu, data CDC melaporkan lebih 22,700 pesakit COVID-19 dimasukkan ke hospital di seluruh negara sejak awal bulan ini iaitu jumlah tertinggi sejak Februari lalu.
Menurut pakar dan pegawai perubatan di AS, ubat sedia ada yang digunakan untuk merawat Covid-19 dikatakan berkesan dalam menangani wabak ini.
Orang ramai digesa mendapatkan vaksin Covid-19 bagi mengelakkan penularan kes Covid-19.
Bagaimanapun, pegawai kesihatan dan pakar menggesa orang ramai untuk mendapatkan vaksin Covid-19 untuk mengelakkan kesan virus yang teruk walaupun varian ini adalah dianggap mudah berjangkit, tetapi tidak begitu 'virulent' (ganas) . — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram