
SERING kali kita mendengar mengenai wanita datang bulan, tetapi pernahkah anda terfikir jika lelaki datang bulan?
Lelaki datang bulan kebiasaannya dikaitkan dengan permasalah Irritable Male Syndrome (IMS) iaitu keadaan hipersensitiviti, kebimbangan, kekecewaan dan kemarahan yang berlaku pada lelaki.
Perkara ini telah dijelaskan oleh Dr Syid Ayob Al Qudri menerusi laman media sosialnya mengenai IMS yang jarang diketahui umum.
Mengikut kajian, kitaran hormon wanita dapat dijangka namun kestabilan hormon lelaki adalah hal yang rumit untuk dikenalpasti.
Sindrom IMS juga dikenali sebagai sindrom lelaki mudah jengkel.
Antara simptom seseorang mengalami IMS adalah memiliki nafsu seksual rendah, kemurungan, rambut gugur, kepenatan dan kelesuan selain beberapa lagi simptom yang lain.
Meskipun punca utama IMS telah dikenalpasti wujud kerana tahap hormon lelaki yang rendah, namun pakar perubatan Hello Doktor mendapati beberapa punca lain yang boleh menyebabkan lelaki mengalami simptom IMS.
Tanda anda menghidap IMS:
1. Masalah psikologi seperti kegelisahan dan kemurungan disebabkan masalah dalam pekerjaan ataupun hubungan.
2. Krisis pertengahan umur. Lelaki selalunya mengalami krisis pertengahan umur yang lebih teruk daripada wanita. Mereka selalu bimbang dengan tentang apa yang mereka telah capai dalam hidup. Kerisauan ini mengakibatkan lelaki rasa stres dan kadang-kadang sukar untuk tidur malam.
3. Tidak amalkan diet secara sihat dan bersenam. Oleh itu, cuba beralih kepada pemakanan yang sihat dan lakukan senaman ringan sebagai permulaan.
4. Gaya hidup yang tidak sihat. Jika anda gemar minum arak dan merokok, kurang-kurangkanlah kerana amalan ini akan sebabkan ada alami simptom IMS yang teruk.
5. Hypogonadism. Masalah ini berlaku apabila testis tidak lagi mengeluarkan hormon. Masalah ini boleh jadi daripada lahir ataupun berlaku ketika tua (lebih-lebih lagi jika anda alami berat badan berlebihan atau diabetes tahap 2.
Malah, menurut pegawai farmasi @everlifefarmasi, IMS ini turut berlaku apabila lelaki itu kurang mendapat belaian, stres dan juga lapar.
Oleh itu, jika anda mempunyai tanda-tanda menghidap simptom IMS, maka boleh berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.
Jika anda didiagnosis mengalami stres yang melampau, ada banyak terapi yang boleh membantu anda.
Senaman dan juga meditasi juga boleh atasi masalah ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram