Uyaina Arshad tak berapa okay — Suami


  • Hiburan
  • Rabu, 13 Apr 2022

Uyaina juga sedang mengandungkan bayi pertamanya.

SELEPAS Covid-19, keadaan bakal ibu Uyaina Arshad dimaklumkan masih belum berapa baik selepas menjalani pembedahan apendiks

Menurut suaminya Raja Syahiran, keadaan isterinya semakin merosot selepas pada hari ini (Selasa) dan dia masih menunggu perkembangan selanjutnya daripada doktor.

“ Hari ini dia (Uyaina) kurang okay sikit.

“Saya sedang menunggu perkembangan terkini daripada doktor,” katanya kepada Majoriti.

Tambahnya, Uyaina menjalani pembedahan pada pukul 10 malam Selasa dan tamat 45 minit selepas itu.

Katanya lagi, meskipun risau akan keadaan isterinya, dia bersyukur kerana tiada sebarang komplikasi yang berlaku semasa pembedahan dan bayi dalam kandungan juga selamat.

Berkongsi detik semasa isterinya sakit, Raja Syahiran memberitahu dia sangat risau akan keadaan isterinya.

Kongsinya lagi, ketika ini dia mengetepikan semua perihal kerja dan mengutamakan keluarganya.

“Semasa sebelum pembedahan doktor memaklumkan jika pembedahan tidak dilakukan segera ia akan memudaratkan kandungan.

“Ini pertama kali Uyaina diserang apendik dan saya bersyukur pembedahan berjalan lancar,” ujarnya.

Terdahulu Uyaina berkongsi gambar dia di dalam wad kerana menjalani pembedahan apendiks.

Berkongsi dalam hantaran di Instagram, Uyaina menceritakan dia menjalani pembedahan pada pukul 10 malam Isnin selepas dimasukkan wad kerana mengalami gejala sakit di bahagian bawah kanan perut.

"Saya baru menjalani pembedahan appendiks. Saya beruntung kerana apendiks itu masih belum pecah, kalau pecah tidak tahu apa yang akan terjadi.

"Semuanya bermula pagi Isnin semasa bangun tidur terus rasa sakit sangat-sangat di bahagian bawah perut sebelah kanan, kalau bergerak lagi sakit," katanya.

Tambahnya lagi, ekoran itu suaminya mengajak dia ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

Katanya lagi, selepas diperiksa doktor memaklumkan dia perlu dibedah segera dan ditempatkan di dalam wad.

"Alhamdulillah pembedahan berjalan lancar, terima kasih kepada doktor dan jururawat kerana menjaga saya sebaik mungkin.

"Mohon doa daripada semua supaya Uyaina cepat sembuh dan semoga bayi juga sihat," ujarnya yang kini sedang mengandung tiga bulan.

Uyaina juga sebelum ini pernah di masukkan ke hospital kerana di jangkiti Covid-19.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram