Momen 'tackle awek' 20 tahun lalu inspirasi Nasi Kandar Kari Goncang Jawa Jalan Kebun


PENGASAS bersama, Zaami dan Mustazah bergambar di hadapan gerai Nasi Kandar Kari Goncang Jawa Jalan Kebun.

SELAIN makanan yang lazat, kaedah ia dipersembahkan merupakan salah satu daya tarikan buat pengunjung bagi mana-mana tempat yang ingin dikunjungi.

Terletak di KRT, Taman Sri Andalas Fasa 2, Klang, Selangor, Gerai Nasi Kandar Kari Goncang Jawa Jalan Kebun menampilkan gaya tersendiri dalam menghidangkan juadah sejak Julai tahun lalu.

WhatsApp Image 2022-04-07 at 4.20.07 AM

SEORANG pekerja menggunakan 'shaker' bagi menggoncang campuran kuah kari.

ad669107-b224-43de-8ead-4c092b16c00e

HASIL campuran kuah nasi kandar yang telah digoncang.

Kebanyakan menu dipersembahkan menerusi kaedah goncangan dengan penggoncang atau 'shaker, sebelum dihidangkan kepada pelanggan.

Antara menu utama di sini adalah nasi kandar campuran pelbagai kari sama ada kepala Ikan, kambing, daging atau ayam yang akan digoncang; ayam goreng goncang serta air goncang.

5b39a4d9-a4e5-489d-8912-59f0506c5c01

ANTARA sekumpulan burung merpati yang memeriahkan suasana di hadapan gerai tersebut.

template

SEKUMPULAN burung merpati berkumpul untuk menerima makanan yang disumbangkan oleh orang ramai di sebuah padang.

Apa yang menarik, gerai yang diasaskan anak jati Selangor ini beroperasi di hadapan sebuah padang dan sering dimeriahkan dengan kehadiran sekumpulan merpati yang menjadi satu lagi tarikan pengunjung. Malahan ada yang mengambil peluang makanan kepada burung berkenaan.

Tidak jauh dari restoran itu, terdapat pula aktiviti memanah yang diadakan pada setiap hujung minggu dengan harga serendah RM5 bagi enam panahan dan RM10 bagi 12 panahan.

template (1)

SEORANG kanak-kanak menghabiskan masa hujung minggu dengan melakukan aktiviti memanah di sekitar kawasan Gerai Nasi Kandar Kari Goncang Jawa Jalan Kebun.

Salah seorang pengasas gerai itu, Zaami Ibrahim, 46, berkata, beliau mendapat inspirasi untuk membuka perniagaan itu sejak tahun 2002 iaitu ketika berusia 26 tahun.

Jelasnya, beliau yang ketika itu bekerja sebagai penghantar barang atau despatch di sebuah kilang percetakan di Jalan Raja Laut di ibu negara kebiasaannya akan berkunjung ke sebuah restoran mamak di Segambut, Kuala Lumpur pada setiap hari Jumaat.

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari ketika mahu membeli makanan di restoran berkenaan, beliau ternampak seorang wanita beratur di belakangnya dan dia mengambil peluang mengurat wanita tersebut dengan caranya tersendiri.

"Gadis yang bekerja di Public Bank beratur di belakang saya. Bila saya order (tempah) makanan, saya minta pelbagai kuah termasuk kuah kari campur.

"Bila makanan dah wrap (bungkus) dengan getah, sy goncang makanan tersebut dan awek (wanita) belakang saya tu tanya kenapa saya buat macam tu.

"Saya cakap nak makan kena goncanglah baru sedap. Lepas tu saya dah bayar dan duduk, awek (beratur) belakang saya tu pun goncang (makanan). Itu tercetusnya idea tu," katanya kepada Majoriti.

Tambahnya, nama Nasi Kandar Kari Goncang Jawa Jalan Kebun juga kerana isterinya berketurunan Jawa dan berasal dari Jalan Kebun, Klang, Selangor.

Mengulas mengenai bulan Ramadan, beliau akan memulakan waktu perniagaan bermula pukul 4.30 petang sehingga tibanya waktu berbuka puasa.

WhatsApp Image 2022-04-07 at 2.22.51 AM

Kari kepala ikan antara menu yang menjadi tarikan di gerai Nasi Kandar Kari Goncang Jawa Jalan Kebun.

Antara menu tambahan berbuka puasa termasuk Roti John Goncang dan juhs mi segera goncang.

"Apa saja makanan yang dijual di sini, kami akan buat cara goncang. Sekarang tengah bincang untuk rebrand (penjenamaan semula) dan nak dapatkan hak cipta terpelihara," katanya.

CABARAN

Ketika ditanya mengenai cabaran dihadapi semasa menjalankan perniagaan itu, Zaami berkata, pernah ada suatu ketika jualannya tidak laku dan tiada pembeli langsung pada hari tersebut.

Namun, beliau tidak berputus asa dan tetap meneruskan perniagaannya pada hari seterusnya.

"Ada yang datang makan sini, lepas tu esok mereka bawa kawan-kawan pula.

"Kalau memang dah tertulis rezeki itu untuk anda, ia sememangnya rezeki anda. Saya percaya dengan rezeki burung-burung di sini yang mendoakan kami," katanya.

Gerai Nasi Kandar Kari Goncang Jawa Jalan Kebun turut membuka tempahan bagi majlis berbuka puasa, pertunangan, perkahwinan, serta sumbangan kepada anak yatim dan mereka yang memerlukan.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Zaami di +6011-37648301 atau pengasas bersama, Mustazah Mokhtar di +6017-7729011. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram