Neelofa lahirkan anak lelaki, beri nama Muhammad Bilal


  • Hiburan
  • Isnin, 31 Jan 2022

KELAHIRAN anak pertama Neelofa dan Haris amat menggembirakan keluarga.

PENGACARA dan usahawan popular, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor akhirnya sah melahirkan seorang cahaya mata lelaki pada Sabtu.

Suami kepada Neelofa, Haris Ismail berkata, isterinya selamat melahirkan putera sulung mereka kira-kira pukul 3.44 petang.

"Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga.

"Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua. Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata," katanya.

Menurut Haris yang juga dikenali sebagai PU Riz, dia juga berharap supaya semua dapat mendoakan kepada anaknya itu.

"Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara," katanya.

PU Riz dan Neelofa sebelum ini bernikah pada 27 Mac 2021 dan pasangan itu juga memilih untuk merahsiakan fasa awal kehamilan.

Kehamilan Neelofa hanya didedahkan oleh peguam mereka pada Disember 2021 selepas pasangan itu perlu hadir ke mahkamah atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

neelofa, bersalin, anak, haris ismail, anak lelaki