Mutiara kultur adalah asli


  • Relaks
  • Rabu, 12 Jan 2022

Kebanyakan mutiara yang terdapat di pasaran hari ini adalah mutiara kultur. — The Star

MUTIARA kultur terhasil daripada tiram yang diternak secara komersial.

Mutiara buatan manusia ini masih dianggap sebagai mutiara asli.

Mutiara terbentuk apabila bahan asing (perengsa) seperti zarah makanan atau parasit masuk ke dalam moluska di antara mantel (membran) dan cangkerangnya.

Sebagai mekanisme pertahanan, cecair yang terdiri daripada aragonit dan conchiolin akan dirembeskan untuk menutup perengsa.

Lapisan demi lapisan cecair akan menyelaputi perengsa dan selepas satu tempoh masa, mutiara terbentuk.

Ia boleh mengambil masa sehingga beberapa tahun.

Semua moluska, termasuk tiram dan kerang boleh menghasilkan mutiara.

Bagi mutiara kultur, perengsa dimasukkan secara manual ke dalam moluska.

Kebanyakan mutiara yang terdapat di pasaran hari ini adalah mutiara kultur. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram