Tiram mentah masih hidup semasa dihidangkan


  • Massa
  • Rabu, 29 Dis 2021

TIRAM mentah di dalam cangkerang sebenarnya masih hidup semasa dihidangkan kerana jangka hayatnya panjang. — Agensi

MANUSIA telah menikmati tiram sejak beratus tahun dahulu.

Tahukah anda, tiram mentah di dalam cangkerang sebenarnya masih hidup apabila anda memakannya.

Jangka hayat tiram panjang kerana masih boleh hidup selama beberapa minggu di dalam cengkerangnya walaupun sudah dikeluarkan dari laut.

Jantung tiram berada di bahagian bawah dan apabila anda memisahkan isinya dari cangkerang, ia akan mati.

Tiram tidak mempunyai sistem saraf sekali gus membuatkan ia tidak berasa sakit seperti yang manusia alami. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

mitos, betul atau tidak, tiram, laut, cengkerang