
PENYANYI, Heliza Helmi membuka tirai tahun baharu dengan berita mengejutkan apabila berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
Difahamkan, pasangan itu sah bergelar pasangan suami isteri dengan sekali lafaz pukul 11.11 pagi pada Sabtu di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.
Majlis yang diadakan secara tertutup itu juga menyaksikan Heliza menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah Al Quran.
Berita tersebut juga disahkan oleh perunding majlis yang dikenali sebagai Fizz daripada BenSignatures Event Wedding Planner.
"Butiran selanjutnya juga belum berjaya diperoleh kerana mereka masih diraikan di atas pelamin.
"Heliza memberitahu akan berkongsi butiran lanjut tidak lama lagi,” katanya.
Difahamkan, Heliza dan suami akan diraikan dalam majlis resepsi di hotel terkemuka. - Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram