Suami Nora Ariffin jawab tuduhan cerai bekas isteri secara paksa


  • Hiburan
  • Ahad, 05 Dis 2021

NORA sebelum ini mengumumkan telah berkahwin dengan Rushdi menerusi akaun Instagram miliknya. — Gambar IG Nora Ariffin

DAKWAAN yang mengatakan bahawa penyanyi, Nora Ariffin memaksa Dr Rushdi Ramli menceraikan isterinya sebelum ini untuk berkahwin dengannya akhirnya dinafikan suami penyanyi itu.

Menurut Rushdi, segala kenyataan yang disebarkan seorang individu, bertujuan mencemarkan nama baik perkahwinan mereka.

"Saya yang bernama Rushdi Bin Ramli secara jujur dan seikhlas hati ingin menjelaskan bahawa segala kenyataan-kenyataan yang telah diviralkan pada saat ini yang bertujuan mencemarkan nama baik perkahwinan antara saya dan Datuk Nora Ariffin adalah suatu fitnah.

"Adalah satu tohmahan yang berniat jahat dan buruk... Allahuakhbar, semoga ALLAH S.W.T memberikan balasan yang setimpal terhadap orang-orang yang berniat jahat terhadap kami dan perkahwinan kami," katanya dalam satu kiriman nota suara yang dihantar melalui Whatsapp.



KOMEN di media sosial yang mendakwa Rushdi dan Nora sudah dua tahun berkahwin.

Sebelum ini, terdapat seorang individu yang mendakwa Nora dan Rushdi sudah dua tahun berkahwin dan dianggap telah menipu orang ramai.

Selain itu, dakwaan tersebut juga menyebut Rushdi sudah mempunyai isteri dan menceraikannya atas paksaan penyanyi wanita berkenaan.

Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga bersama komposer, Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan.

Pada 24 Mac 2017, arwah Johan meninggal dunia akibat serangan jantung sebelum diikuti dengan anak keduanya iaitu Muhammad Syakir Aliff pada 13 Disember 2019.

Pengumuman pernikahannya dengan Rushdi juga dilakukan Nora menerusi akaun Instagram miliknya pada 2 Disember lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram