Tersungkur semi final All England, penyokong gembira Zii Jia jumpa semula keyakinan


  • Podium
  • Sabtu, 18 Mac 2023

Perjalanan Zii Jia berakhir pada peringkat separuh akhir kejohanan badminton All England pada Sabtu. — Twitter

IMPIAN untuk melihat lagi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia mara ke pentas akhir terbuka All England tidak kesampaian apabila dia tewas kepada wakil China, Shi Yu Qi di pusingan separuh akhir pada Sabtu.

Pada aksi yang berlangsung di Utilita Arena Birmingham, Zii Jia diilihat bermula langkah kiri apabila kalah tipis pada set pertama 19-21.

Cubaan pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu untuk kembali menemui rentak kemenangannya pada set kedua tidak berlaku apabila pemain nombor 12 dunia itu terus menokhtakan aksi itu dengan menang mudah 13-21.

Zii Jia yang pernah menang kejohanan berkenaan pada 2021 selepas menewaskan Viktor Axelsen, namun kini dia masih tidak dapat menjumpai sentuhannya untuk menjadi johan kali kedua pada kejohanan All England kali ini.

Meskipun tewas di tangan Yu Qi, penyokong badminton tanah air bagaimanapun masih gembira dengan prestasi dan perkembangan positif yang ditonjolkan pemain nombor empat dunia itu.

WhatsApp Image 2023-03-18 at 23.33.30

Zii Jia tewas dua set di tangan Yu Qi. — Twitter

Rata-rata peminat Zii Jia berasa bangga dengan melihat dia kembali menemui momentumnya selepas bergelut dengan masalah kemerosotan prestasi baru-baru ini.

“Walaupun Zii Jia kalah, aku puas hati dengan perlawanan hari ini. Shi Yu Qi ini cerminan Zii Jia. Sama kuar. Cuma Yu Qi kurang buat kesalahan. Zii Jia dah buat yang terbaik. Tahniah Zii Jia,” kata penyokong badminton, Ijad.

“Dengan keadaan dia sekarang, seronok tengok dia dah kembali menjumpai keyakinannya. Harap sangat dia akan kembali lebih baik pada kejohanan seterusnya,” kata seorang lagi penyokong, Nieeeh.

“Walaupun kalah tapi aku masih gembira sebab Lee Zii Jia dah dapat balik keyakinan dia. Tidak apa Zii Jia, perlahan-lahan dapat balik keyakinan dan jadi lebih baik,” komen kroolnizam.

Pada awal Mac ini, Zii Jia tewas kepada pemain No. 49 dunia dari Taiwan, Lee Chiao Hao di pusingan kedua Terbuka Jerman.

Kemerosotan pemain itu mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sehinggakan beliau mahu mahu mengadakan pertemuan Zii Jia bagi mengetahui punca prestasinya kian merudum sambil membantu mencari jalan penyelesaian. —Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram