PENJAGA gol utama, Johor Darul Takzim (JDT), Farizal Marlias memaklumkan bahawa keadaannya semakin baik setelah terlibat insiden pelanggaran dalam aksi menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim Johor Bharu, Johor pada Ahad.
Insiden menimpa kapten JDT itu terjadi pada minit ke-60 perlawanan apabila dia berlaga dengan rakan sepasukan, Shane Lowry ketika mahu menghalang serangan yang dilakukan oleh Terengganu.
Semua penyokong, rakan-rakan mendoakan Farizal termasuklah pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang turut melawat Farizal di hospital sejurus selepas perlawanan menentang Terengganu tamat.
Meskipun Farizal dalam keadaan semakin pulih, namun pastinya pemain itu memerlukan rehat yang panjang dan jelas situasi itu akan membawa kerisauan kepada JDT bagi memilih penggantinya menghadapi perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL).
Penyokong tegar Harimau Selatan dalam satu hantaran Facebook mencalonkan dua penjaga gol yang bakal menggantikan pemain berusia 35 tahun itu iaitu Haziq Nadzli dan Izham Tarmizi.
Isu ini pastinya kini sedang bermain di fikiran ketua jurulatih, Benjamin Mora untuk memilih siapa lebih layak menggalas tugas tersebut.
Sesetengah daripada penyokong memilih Izham untuk menggantikan Farizal atas sebab pengalamannya yang pernah bermain untuk kempel ACL dan sering juga menjaga gawang JDT II.
Izham turut dipilih sebahgian penyokong kerana pengalamannya pernah bermain kempen ACL.
"Izham Tarmizi layak sebab pengalaman pun lama di JDT lepas tu sekarang dia selalu main di JDT II..jadi saya pilih Izham Tarmizi penjaga gol JDT," kata Roszahan Mohamed.
"Izham Tarmizi! Minat dia punya longball," kata Hafiq Wa-One yang turut senada memilih Izham menggantikan Farizal.
"Izham ada pengalaman bermain di ACL," komen Roslikarari Jdt.
Danish Haziq Ismail pula berpendapat, Haziq lebih berkelayakan ekoran persembahan cemerlang yang diberikan pada perlawanan menentang BRM FC dan ketika menggantikan Farizal pada Ahad lalu.
Haziq dipilih sebahagian peminat kerana ketangkasannya.
"Haziq lagi tangkas. Dia dah boleh ganti Farizal selaku permanent golkeeper," ujar satu lagi pengguna Facebook, Mohd Hazri Moh Khambali.
Dalam pada itu, ada juga mengutarakan pendapat bahawa penjaga gol JDT sebenarnya hanya menjalankan tugas yang senang kerana jentera pertahanan skuad itu dibarisi oleh pemain-pemain hebat.
JDT dijadualkan akan berjumpa kelab dari China, Ghuangzhou FC pada 15 April nanti di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram