Ultras Malaya 'bantai' FAM


PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyempurnakan upacara pecah tanah Ibu Pejabat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di Presint 5, Putrajaya pada Isnin. — Bernama

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia terus dikecam oleh warganet pada Selasa berikutan tindakan badan induk bola sepak negara itu bakal membina ibu pejabat baharunya di Presint 5, Putrajaya.

Komuniti penyokong kuat Harimau Malaya di halaman Facebook rasminya iaitu, UM'O7, mereka mengecam sekeras-kerasnya tindakan FAM yang didakwa lebih mementingkan pembinaan fasiliti baharu berbanding memberi tumpuan kepada masalah lain membelenggu bola sepak negara.

"Nak 'mentekedarah' duit rakyat serah ke mereka. Nak pejabat baharu buat apa?

"Pasukan dalam liga yang dikelola oleh Malaysian Football League (MFL) dan sepatunya dikawal selia dengan baik oleh FAM masih ada yang tak bayar gaji sana sini, pusat latihan asas pun tak ada, tapi kamu bina bangunan ibu pejabat baharu," katanya.

ANTARA komen warganet di Facebook. — Facebook

Malahan, sumbangan kerajaan berjumlah RM10 juta kepada FAM yang bertujuan meningkatkan mutu bola sepak negara turut menerima kecaman warganet.

"Duit dah habis berjuta-juta pun tidak maju. Harap kerajaan jangan sumbang pada FAM lagi. Kalau nak sumbang juga, bagi pada skuad hoki dan takraw negara.

"Itu baru betul mereka berada pada tahap antarabangsa, bukan macam skuad bola sepak, gaji tinggi tapi tahap kampung apabila bermain," kata seorang pengguna Facebook, Mohd Khairul. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Ultras Malaya, FAM, MFL, tunggakan gaji