Desak hentikan pemeriksaan suhu badan tempat awam


PEMERIKSAAN suhu diwajibkan di semua premis bagi mengekang penularan Covid-19 ketika ini. — The Star

PEMERIKSAAN suhu di semua tempat awam seperti pejabat, pusat beli-belah, sekolah dan kedai makan diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, timbul pelbagai persoalan berhubung peranti pemeriksaan suhu tersebut, sekali gus mengundang polemik dalam kalangan rakyat tentang sejauh mana keberkesanan langkah tersebut.

Screenshot 2022-01-11 124723

Susulan itu, seorang pengguna Twitter, @timothyaida, menggesa KKM untuk menghentikan langkah terbabit.

"Bolehkah kita menghentikan pemeriksaan suhu yang tidak masuk akal? Tolong hentikan.

"Hospital juga harus tahu lebih baik. Ia membuang masa dan sumber," katanya.

Ciapannya itu menerima maklum balas daripada warganet yang bersetuju dengan kenyataan terbabit.

Screenshot 2022-01-11 125831

ANTARA komen warganet di media sosial. — Twitter

Pengguna Twitter, @juneng71 turut mempertikaikan kaedah merekod butiran secara manual menerusi buku yang dilihat tidak praktikal dalam menentukan status vaksinasi seseorang individu.

"Kita semua perlu menunjukkan status vaksinasi di MySejahtera sebelum dibenarkan memasuki kedai/pusat beli-belah/pejabat/kedai makan.

"Bagi mereka yang tidak mempunyai telefon dan hanya menulis butiran di buku, bagaimana kita nak tahu mereka sudah divaksinasi?" katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram