Warga Sitiawan abai SOP semata-mata minuman berkarbonat


  • Tular
  • Ahad, 09 Jan 2022

TANGKAP layar rakaman pengunjung sebuah pasar raya di Sitiawan, Perak yang tular di media sosial pada Sabtu. — Facebook

ANGKA kes harian Covid-19 negara masih belum menunjukkan penurunan ke paras bawah 1,000 sehingga ke hari ini dan rakyat terus dituntut terus menjaga prosedur operasi standard (SOP).

Bagaimanapun, lain pula ceritanya apabila tular di media sosial pada Sabtu, sebuah video menunjukkan orang ramai di salah sebuah pasar raya terkemuka tidak mengendahkan SOP semata-mata mahu berebut promosi minuman berkarbonat.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah pasar raya di Sitiawan, Perak.

Video tersebut dirakam oleh pengunjung di pasar raya terbabit dan setakat artikel ini ditulis, rakaman berkenaan menerima 318,000 tontonan.

RAKAMAN orang ramai yang berebut minuman berkarbonat di sebuah pasar raya di Sitiawan, Perak pada Sabtu. — Facebook Sukan Star TV

Perkongsian video berkenaan menerima reaksi daripada warganet yang rata-ratanya berang dengan situasi sedemikian.

"Pengurusan pasa rraya mana? Bersesak-sesak macam tu tak akan nak tengok saja. Dah tak ada SOP ke? Dan hadkan pembelian untuk mengelakkan perkara yang tidak dijangka," kata seorang pengguna Facebook, Khairul Anuar Mohamad Nor.

Bagi seorang lagi pengguna, Ori San, situasi tersebut sering dilihat terutamanya bagi mereka yang pernah bekerja sebagai pekerja pasar raya.

"Siapa pernah kerja pasar raya anggap benda ini biasa. Ini berlaku berpuluh tahun dah sebelum Covid-19.

"Petanda baik tunjuk ekonomi mula pulih semula. Kuasa beli itu mula ada," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

SOP, Covid-19, Omicron, KKM, sitiawan,