Pihak sekolah, ibu bapa perlu main peranan elak kes buli berulang


SEORANG murid Tingkatan Satu (kanan) MRSM Sultan Azlan Shah, Perak ditumbuk di perut oleh beberapa pelajar lain baru-baru ini. — Facebook

GEMPAR di media sosial sejak Jumaat lalu berhubung kes melibatkan pelajar Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, Perak dibuli dan ditumbuk di perut.

Susulan video kejadian itu tular di media sosial, polis kemudiannya menahan 10 pelajar berusia antara 13 dan 15 tahun bagi membantu siasatan kes terbabit.

Selain itu, enam pelajar menerima hukuman digantung sekolah serta-merta selama dua minggu.

Kejadian berkenaan sekali gus mengingatkan kita kepada insiden menyayat hati yang berlaku kepada Allahyarham Zulfarhan Osman, yang terkorban susulan menjadi mangsa buli empat tahun lalu.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 November lalu menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat terhadap Pegawai Kadet Laut universiti itu.

Mangsa yang didera melalui tekapan seterika wap terhadap badannya secara berulang kali serta pukulan-pukulan oleh sekumpulan pelajar sealirannya atas tuduhan pencurian sebuah komputer riba.

Screenshot 2021-12-12 133744

Komen warganet di Facebook berhubung isu buli di Kuala Kangsar. — Facebook

Mengulas kes terbaharu yang berlaku di Kuala Kangsar, seorang pengguna Facebook, Chakushin Shawn Ari, tindakan tegas perlu diambil terhadap pelaku termasuklah dikenakan hukuman dibuang dari sekolah.

"Pihak sekolah juga diminta peka dengan tingkah laku para pelajar serta tidak berselindung jika berlaku salah laku.

"Pelaku juga boleh berlakon sebagai mangsa sekiranya perkara itu terbongkar untuk melepaskan diri mereka sendiri.

"Kerjasama daripada ibu bapa juga diperlukan untuk tujuan pemantauan dan jangan cepat melatah kerana itu adalah 'alarm' untuk kita sebagai ibu bapa memberi lebih perhatian kepada anak-anak," katanya menerusi komen di salah satu hantaran portal tempatan pada Ahad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram