SIKAP pilih kasih dalam bidang sukan bukanlah satu benda yang asing dalam kalangan masyarakat negara ini.
Tidak perlu dipandang terlalu jauh, perlakuan itu boleh dilihat ketika di bangku sekolah lagi.
Sekiranya orang itu menjadi kegemaran jurulatih atau cikgu yang melatih, merekalah yang sering terpilih.
Luahan itu dilontarkan oleh sebilangan netizen di Facebook yang turut berdepan situasi sama.
Menurut seorang pengguna Facebook, Zackary Zickry, budaya kroni dan sogok sudah bermula dari zaman sekolah rendah lagi.
"Emak bapa nak anak wakil sekolah, labur duit untuk equipment team dan paksa anak main dalam team sekolah, campur tangan dalam pemilihan sebelum game. On the team and on the field bukan sebab layak, sebab mak ayah dah inject duit kat team, coach serba salah nak drop anak dia.
"Kalau sekolah yang coach daerah tu latih kalah pun, tetap dia bawak budak dia dan bawak budak sekolah yang menang dalam beberapa ketul. Coach yang menang tu diam ye, jangan banyak cakap. Kalau ok, dia bawak coach yang menang tu sekali, tapi head coach tetap pilih dia.
"Belum cerita pilih kasih peringkat daerah dan negeri lagi, kau tak baik dengan pegawai sukan daerah dan negeri tu haram dia tak jemput kau pun join, pergi m******lah. Sebelum pergi nama yang akan wakil dengan pegawai iring pun ada dah," katanya.
Antara komen netizen yang berkongsi situasi sama. — Facebook Malaynomic Academy
Seorang lagi pengguna Facebook, Irwan Khalifa mengakui dia terlepas peluang untuk mewakili sekolah gara-gara bapanya tidak mempunyai hubungan baik dengan cikgu lain.
"Ini betul..dah lamalah benda-benda macam ini..kronisme dari sekolah dah dibuat..aku bagus kat acara merentas desa..tapi sebab cikgu itu tak baik dengan bapa aku (guru disiplin sekolah aku) aku terus tak dapat wakil sekolah..yang dapat anak-anak emas cikgu sajalah..kita cool tak marah pun..faham budaya Melayu ni kan," ujarnya.
Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Alexander Zulkarnain menyoalkan tindakan sesetengah individu yang tidak amanah.
"Tak takut ke nanti kat akhirat ditanya tentang amanah yang disalahgunakan? ni bukan dosa boleh taubat je settle," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram