MENERUSI video dikongsikan di akaun TikToknya, @adriannamaleeq baru-baru ini, anak sulungnya yang selama ini sukar meminta sesuatu di luar kemampuan keluarga, menyatakan hasrat ingin bermalam di hotel dilengkapi kolam renang.
Menurutnya, permintaan itu pada awalnya disangka hanya gurauan kanak-kanak.
"Kali kedua kakak cakap lagi bila ibu dan baba perlu ke Kuala Lumpur untuk urusan kerja.
"Kakak nampak bangunan tinggi dan cakap 'mesti ada hotel yang ada kolam'.
"Kakak kata lama tak pergi, padahal memang tak pernah pergi lagi.
"Jangan putus doakan ibu dan baba satu hari nanti bila keadaan dah stabil, mesti kami perlahan-lahan tunaikan permintaan anak-anak," luahnya.
Baca lanjut sila klik: 'Doakan ibu, baba stabil', wanita luah sebak belum mampu tunai hasrat anak teringin tidur hotel ada kolam renang — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
