TRAGEDI kebakaran dahsyat yang melanda kompleks kediaman pangsapuri di Daerah Tai Po, Hong Kong telah mengorbankan sekurang-kurangnya 44 orang termasuk seorang anggota bomba dengan hampir 279 individu dilaporkan masih hilang dan dikhuatiri terperangkap di dalam runtuhan.
Api marak bermula kira-kira pukul 2.51 petang itu pantas membakar beberapa blok menara kediaman setinggi 31 hingga 32 tingkat di estet perumahan Wang Fuk Court.
Asap hitam tebal berkepul-kepul dari menara berkenaan dengan api jingga menyinari langit malam menjadikannya kebakaran tahap lima paras kedua tertinggi di Hong Kong.
Baca lanjut sila klik: Kebakaran dahsyat pangsapuri Wang Fuk Court capai tahap 5, didiami ramai warga emas, tengah jalani projek ubah suai — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
