Puteri Balqis tunangan orang, terima surat 'cinta' nukilan ibu


  • Cinta
  • Sabtu, 01 Nov 2025

PELAKON berbakat besar, Puteri Balqis Azizi, 18, kini menemukan pelabuhan ketenangan dalam kehidupan peribadinya apabila mengumumkan pertunangan dengan jejaka pilihan hati, Didi, menerusi perkongsian foto-foto eksklusif di media sosial baru-baru ini.

Majlis yang disifatkan ringkas namun penuh makna itu dipercayai telah berlangsung secara intim pada 12 Ogos lalu.

Pengumuman pertunangan Puteri Balqis, atau mesra disapa Aqish, bukan sahaja menarik perhatian kepada keanggunannya dalam busana serba putih ketika disarung cincin, tetapi turut disulam dengan satu hantaran yang jauh lebih menyentuh hati.

Baca lanjut sila klik: Dulu keletah comelnya cuit hati, kini Puteri Balqis tunangan orang, terima surat 'cinta' nukilan ibu Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram