Status bakal bertukar dari rakan sekerja ke 'rakan serumah', Fattah, Amira nikah Ahad ini


  • Cinta
  • Isnin, 08 Sep 2025

Fattah dan Amira akan mendirikan rumahtangga pada 14 September depan.

TEKA-TEKI hubungan pasangan merpati dua sejoli akhirnya terjawab selepas pelakon, Fattah Amin dan penyanyi, Amira Othman mengumumkan akan mendirikan rumah tangga pada 14 September depan.

Tarikh istimewa itu dipilih sempena ulang tahun kelahiran pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin yang ke-35.

Berita gembira itu diumumkan Fattah ketika menghadiri pelancaran rasmi single baharu Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.

"Semua orang tahu kami adalah rakan sekerja dan setelah beberapa lama tempoh perkenalan, jadi hari ini kami ada pengumuman nak dibuat.

"Insya-ALLAH jika diizinkan ALLAH, kami ingin menukar status daripada rakan sekerja menjadi rakan serumah," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram