
DENGAN rekod pencapaian kukuh di Singapura dan Malaysia, pemaju hartanah MCL Land dikenali kerana membina kediaman mampan, bernilai tinggi serta projek komersial premium yang menggabungkan seni bina abadi dengan inovasi moden.
Visi ini dizahirkan melalui kejayaan pelancaran Quinn di Wangsa Maju, kawasan yang telah dibangunkan MCL Land sejak 1990-an.
Terletak strategik di pinggir Kuala Lumpur, Quinn sebagai kawasan kediaman eksklusif telah direka khas bagi memenuhi gaya hidup moden warga kota hari ini.
BACA LAGI: Melangkah ke masa silam, jamu selera di 8 kafe kolonial sekitar Kuala Lumpur
BACA LAGI: Elon Musk bakal jadi trilionair pertama di dunia
Bertitik tolak daripada kejayaan Quinn, Sfera kini menjadi projek mercu tanda kedua MCL Land di kawasan Wangsa Maju.
Dilancarkan pada Mac 2023, projek ini menerima sambutan memberangsangkan hasil lokasi strategik, rekaan inovatif dan penekanannya terhadap kelestarian.
Berlandaskan konsep “curated class living”, Sfera bukan sekadar kediaman tetapi memperkenalkan dimensi baharu kehidupan urban.
Terletak hanya 8 kilometer (km) dari Kuala Lumpur, Quinn dan Sfera menawarkan kediaman eksklusif yang dekat dengan pusat bandar tetapi masih dikelilingi alam semula jadi.
Terletak di atas tanah seluas 0.92 hektar (2.27 ekar) berhampiran Wangsa Walk Mall, pembangunan ini menyatukan keselesaan moden dengan kemudahan luar biasa.
Sebagai Transit-Oriented Development (TOD) sebenar, Sfera dihubungkan terus melalui jambatan berbumbung ke stesen LRT Sri Rampai - hanya enam hentian ke KLCC dan tiga hentian ke Damai.
Projek berkepadatan rendah ini menawarkan 494 unit apartmen dengan susun atur satu hingga tiga bilik tidur, bermula daripada 581 hingga 1,371 kaki persegi.
Setiap unit memiliki dapur sedia ada yang dilengkapi dengan jenama peralatan terkenal, menjadikannya pilihan praktikal untuk diduduki tanpa perlu memikirkan renovasi tambahan.
Gimnasium di Sfera dilengkapi pemandangan indah dan rekaan dalaman moden, menyediakan ruang gaya hidup sihat untuk penduduk.
Penduduk Sfera juga akan menjadi yang pertama di Wangsa Maju menikmati jambatan berkaca yang menawarkan panorama indah Bukit Dinding dan langit Kuala Lumpur.
Lebih daripada sekadar panorama, Sfera memenuhi aspirasi gaya hidup anda dengan lebih 50 kemudahan ala resort yang merentasi tiga aras – daripada lanskap taman yang menghijau, kolam renang sepanjang 50 meter, kolam rendaman dalaman, teater mini, bilik karaoke, taman herba, hinggalah bilik wap berasingan untuk lelaki dan wanita.
Di aras 37, tersedia ruang santapan termasuk sudut barbeku – sempurna untuk menjamu selera bersama keluarga dan rakan. Fasiliti lain merangkumi dapur serta ruang makan terbuka (sky dining) yang menarik, ruang kerja bersama, dan dek terbuka untuk aktiviti yoga dan pilates.
Kelestarian sebagai teras utama
Selaras dengan Kuala Lumpur Low Carbon Society Blueprint 2030, MCL Land memberi nafas baharu kepada Wangsa Maju. Ia bukan sekadar visi tetapi sebuah realiti.
Pembangunan ini menampilkan kemudahan tadahan air hujan, pengudaraan semula jadi dan pencahayaan semula jadi di kawasan awam, serta parkir berbumbung lengkap dengan pengecas EV - sejajar dengan inisiatif pengangkutan hijau negara.
Projek ini juga disasarkan untuk memperoleh pensijilan GreenRE sebaik selesai pembinaan, menegaskan komitmen MCL Land terhadap gaya hidup yang lebih mesra alam sambil meningkatkan kualiti hidup penduduk.
Unit Sfera jenis 1BR adalah pilihan sedia untuk diduduki, lengkap dengan dapur terbina, peralatan berjenama dan lebih banyak kemudahan.
Prospek cerah
Wangsa Maju kini menikmati aksesibiliti cemerlang melalui lebuh raya utama, selain populasi muda yang terdiri daripada pelajar institusi pendidikan seperti Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) serta sekolah antarabangsa berhampiran.
Peningkatan infrastruktur termasuk lebuh raya SPE dan SUKE, serta projek MRT Circle Line dan ECRL yang bakal siap, akan memperkukuh lagi kebolehcapaian kawasan ini.
Sfera dihubungkan ke Wangsa Walk Mall melalui jambatan berbumbung, menawarkan akses mudah dan keselesaan luar biasa.
Promosi hujung tahun
Kini adalah masa terbaik untuk menjadikan Sfera alamat baharu anda.
Melalui Final Year-End Smart Move Deals, MCL Land menawarkan nilai tambahan — daripada peralatan terbina dalam hingga penjimatan yang memudahkan proses berpindah.
Dengan harga bermula daripada RM430,000, kempen ini, yang berlangsung dari 22 September 2025 hingga 11 Januari 2026, adalah peluang terbaik bagi impian yang dijadualkan siap pada 2026.
Untuk maklumat lanjut mengenai projek MCL Land semasa dan akan datang, layari www.mclland.com atau hubungi 1800-88-0088.