Sistem parkir berbayar atasi isu kekurangan parkir di Pusat Penjaja Bandar Sri Permaisuri


  • Primer
  • Khamis, 02 Jan 2025

Zolkhoari (tiga dari kanan) dan Azman (berbaju batik merah) semasa melancarkan sistem parkir berbayar di pusat penjaja di Bandar Sri Permaisuri.

MEDAN selera di Bandar Sri Permaisuri di Cheras, Kuala Lumpur melaksanakan sistem tempat letak kereta baharu untuk menangani isu kenderaan lama diletakkan di situ bagi tempoh yang panjang.

Tindakan terbabit telah menyebabkan kekurangan tempat letak kereta pelanggan dan membawa kepada kerugian kepada penjaja sejak 2013.

Pengerusi Persatuan Penjaja Bandar Sri Permaisuri, Zolkhoari Abdul Aziz berkata, kebanyakan tempat letak kereta sebelum ini diduduki penduduk berhampiran, dengan beberapa kenderaan ditinggalkan di situ selama dua hingga tiga hari pada satu-satu masa.

BACA LAGI: [VIDEO] Buat macam parkir rumah sendiri di Medan Selera Bandar Sri Permaisuri, kereta penduduk dapat 'nota cinta'

BACA LAGI: Kecantikan untuk kebaikan bersama, Lush Malaysia ubah industri kecantikan menerusi CSR

"Kereta terbiar juga telah mengambil tempat letak kereta tersebut selama bertahun-tahun," katanya.

Pusat itu mempunyai 68 tempat letak kereta termasuk tiga dikhaskan untuk pemandu orang kurang upaya (OKU) dan satu untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Terdapat 34 penjaja yang beroperasi di pusat itu.

Seorang peniaga ikan bakar yang hanya mahu dikenali sebagai Tengku Ahmad berkata, penumpang yang memasuki stesen LRT Salak Selatan juga akan meletakkan kenderaan mereka di situ.

“Apabila peniaga tiba pada pukul 6 pagi sebelum kedai dibuka, kebanyakan tempat letak kereta sudah diambil.

“Pelanggan yang tiba kemudian akan berkeliaran mencari tempat sehingga mereka berasa kecewa dan pergi.

“Apabila tidak ada tempat letak kereta yang tersedia, sesetengah pelanggan bertindak membuat parkir berganda (double-parking).

"Ini sering membawa kepada pertengkaran dengan peniaga terpaksa campur tangan dan menjadi pengantara," katanya.

Baru-baru ini, persatuan itu mula meletakkan surat amaran pada kereta yang diletakkan untuk tempoh yang lama sebelum ia menjadi tular.

Selepas itu, pihak berkenaan mengambil tindakan dan sebuah syarikat dilantik untuk menguruskan tempat letak kereta, kata Tengku Ahmad.

“Kami sangat lega dengan perkara tersebut kerana semua orang perlu melindungi periuk nasi mereka setelah ada beberapa peniaga muflis,” katanya selepas pelancaran sistem parkir berbayar di pusat penjaja itu.

Tempat letak kereta kini berharga RM1 untuk jam pertama dan jam berikutnya, RM5 sehingga tiga jam dan RM40 sehingga empat jam dengan kadar maksimum RM40 setiap hari.

Untuk parkir melebihi 24 jam, RM100 dikenakan.

Denda untuk membuka pengapit kereta ialah RM50.

Ketua Cabang PKR Bandar Tun Razak, Datuk Azman Abidin, yang mewakili Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada majlis pelancaran itu berkata, susulan aduan mengenai kemerosotan perniagaan akibat isu tempat letak kereta di pusat penjaja itu, pejabatnya memanggil mesyuarat dengan pihak berkaitan dan sistem parkir berbayar diperkenalkan.

Beliau percaya, ia akan membantu meningkatkan pengunjung ke pusat itu. — The Star/MEGAT SYAHAR

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram