AMARAN hujan lebat berterusan bagi beberapa kawasan di Pantai Timur telah dinaikkan daripada tahap amaran (kuning) kepada tahap bahaya (jingga).
Dalam satu nasihat yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi pada pukul 9 pagi Isnin (9 Disember), hujan lebat berterusan pada tahap bahaya kini dijangka berlaku di Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan, dan Rompin) sehingga Rabu (11 Disember).
Bahagian lain di negara ini yang masih berada di bawah amaran hujan berterusan pada tahap amaran sehingga Rabu termasuk seluruh Perlis dan Kelantan.
BACA LAGI: [VIDEO] Orang awam pantas selamatkan 5 sekeluarga terperangkap dalam banjir di Nilai
BACA LAGI: Gelombang kedua banjir dijangka bermula Ahad — TPM
Turut terjejas ialah Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, dan Baling), Perak (Hulu Perak), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, dan Marang).
Negeri lain yang turut terjejas adalah Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, dan Bera), dan Johor (Segamat, Mersing, dan Kota Tinggi).
Malaysia kini sedang mengalami Monsun Timur Laut, dengan ramai pihak diingatkan untuk bersiap sedia menghadapi gelombang kedua banjir. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram