KEBERSAMAAN seluruh rakyat dituntut agar negara terus membangun dari segi ekonomi, peningkatan pelaburan dan juga menoktahkan kemiskinan tegar, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi hantaran di Facebook beliau pada Ahad, Perdana Menteri berkata, sambutan Hari Krismas kali ini diharap menjadi momentum untuk selalu mencintai, mengasihani dan menebar kebaikan sesama insan tanpa mengira perbezaan latar belakang masyarakat.
Anwar yang mengharapkan agar kebersamaan rakyat Malaysia dapat membangunkan negara. — Bernama
"Selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara. Hari Krismas atau Hari Natal adalah hari besar buat penganut Kristian dan mereka meraikannya dengan keluarga dan sahabat handai setiap tahun.
Semoga sambutan Krismas 2023 terus membawa kegembiraan, kedamaian, keamanan, keharmonian, kemakmuran dan perpaduan kepada negara dan rakyat Malaysia,” katanya dalam perutusan Hari Krismas 2023.
Sementara itu, Hari Krismas disambut pada 25 Disember setiap tahun oleh penganut Kristian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram