[VIDEO] Program subsidi bersasar RON95 dilaksana bermula separuh kedua 2024 — Rafizi


  • Primer
  • Isnin, 27 Nov 2023

Rafizi berkata, pelaksanaan program penyasaran semula subsidi pada akhir 2024 akan segera membawa kepada kedudukan fiskal lebih baik untuk negara. — Gambar hiasan

KERAJAAN akan melaksanakan program subsidi bersasar petrol RON95 pada tempoh separuh kedua 2024 sebagai langkah untuk mengoptimumkan sumbernya kepada golongan yang paling memerlukan.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, dalam situasi golongan berpendapatan tinggi atau T20 menerima 53 peratus daripada keseluruhan subsidi bahan api yang diperuntukkan di dalam negara, ia merupakan sebuah model yang tidak mampan dan saksama.

"Usaha ini sejajar dengan kedudukan kerajaan dalam meluaskan paradigma fiskal. Berdasarkan kewangan awam kita yang mengalami defisit fiskal lebih 5.0 peratus selama tiga tahun berturut-turut, kita perlu mencari kaedah baharu untuk menggerakkan sumber kita dan mengurangkan pembaziran dalam sistem,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Persidangan Prospek Ekonomi Negara (NEOC) di Kuala Lumpur pada Isnin.

PUTRAJAYA, Nov 23 -- Minister of Economy Rafizi Ramli addressing the Carbon Capture Utilization and Storage (CCUS) Conference here today. --fotoBERNAMA (2023) COPYRIGHT RESERVED

Rafizi berkata, satu kaedah baharu perlu dicari untuk menggerakkan sumber dan mengurangkan pembaziran dalam sistem. — Bernama

Rafizi berkata, pelaksanaan program penyasaran semula subsidi pada akhir 2024 akan segera membawa kepada kedudukan fiskal lebih baik untuk negara.

Sementara itu, beliau berkata, Kementerian Ekonomi akan membentangkan Dasar Gaji Progresif kepada Parlimen dalam masa tiga hari untuk menyelesaikan isu sistemik gaji rendah di Malaysia.

Beliau berkata, kerajaan sedar bahawa pertumbuhan gaji perlu didorong oleh produktiviti melalui usaha peningkatan kemahiran.

"Ini telah diberi penekanan oleh lima sektor HGHV (pertumbuhan tinggi, nilai tinggi) yang telah dikenal pasti dalam kajian separuh penggal, apabila kami mahu memberi tumpuan kepada mewujudkan lebih banyak bahagian pekerjaan dalam bidang teknologi.

"Ia mengejutkan saya bahawa gaji median kita hanya RM11 di atas paras kemiskinan,” katanya. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram