Saya dibayar RM1 juta untuk tutup mulut — Sirul


  • 112
  • Jumaat, 24 Nov 2023

Sirul Azhar (kanan) yang mendakwa dibayar RM1 juta untuk berdiam diri berkenaan kes pembunuhan Altantuya (kiri).

BEKAS anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar menjelaskan bahawa sudah menerima wang sejumlah RM1 juta daripada sumber yang mahu dirahsiakan untuk berdiam diri berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ketika dalam tahanan di Australia.

Sirul mendakwa bahawa dia tidak bertanggungjawab atas pembunuhan Altantuya yang juga merupakan wanita Mongolia walaupun terlibat dalam jenayah tersebut.

Dakwanya lagi, seorang peguam terkemuka dan seorang pemimpin tertinggi Kabinet terlibat dalam pembayaran wang itu.

"Saya dijadikan sebagai 'kambing hitam' dalam permainan politik mereka.

"Bertahun-tahun orang di negara saya menunggu untuk mengetahui siapa yang memberi arahan untuk membunuh Altantuya, tetapi saya tetap tidak dapat mendedahkannya," katanya ketika sesi temu bual bersama Al-Jazeera dalam program English 101 East yang disiarkan pada Jumaat.

msg1050426791-19349

Sirul ketika diwawancara bersama Al-Jazeera pada Jumaat.

Tambah Sirul, dia berada dalam ketakutan dan berasa tidak selamat untuk pulang dan kembali ke Malaysia ketika ini.

"Saya berasa dalam bahaya untuk kembali ke Malaysia kerana rasa tidak selamat dan hanya mahu teruskan kehidupan bersama anak saya di Australia.

"Saya sayangkan Australia dan merayu kepada masyarakat di sini (Australia) supaya memberi peluang kedua serta menerima kami," katanya.

Dalam pada itu, Sirul turut meluahkan permohonan maaf dan ampunnya kepada keluarga Altantuya berkenaan kejadian itu.

Pada Oktober 2006, Altantuya telah diculik dan dibunuh di Shah Alam, Selangor dan mayatnya diletupkan dengan bahan letupan berbahaya.

Manakala, pada 2009, Sirul dan Azilah Hadri yang merupakan pengawal peribadi kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, disabitkan dengan pembunuhan itu.

msg1050426791-19357

Lokasi Altantuya diletupkan. — The Star

Susulan itu, Mahkamah Rayuan membatalkan sabitan pada 2013 dan memerintahkan pembebasan mereka.

Semasa rayuan pihak pendakwaan, Sirul melarikan diri ke Australia namun, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan itu dan mengembalikan hukuman mati.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, yang turut didakwa bersama Sirul dan Azilah, dibebaskan pada 31 Oktober 2008 selepas mahkamah mendapati tiada bukti konkrit terhadapnya.

Bukan itu sahaja, Sirul telah ditangkap dan ditahan oleh pihak berkuasa imigresen Australia pada Januari 2015 tetapi tidak dihantar pulang disebabkan dasar negara itu yang tidak boleh menghantar kembali orang yang dijatuhkan hukuman mati.

msg1050426791-19358

Abdul Razak yang terlibat dalam kes pembunuhan itu. — The Star

Pada 16 Disember 2022 pula, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera (kini hakim Mahkamah Rayuan) membenarkan saman oleh keluarga Altantuya dan memerintahkan bekas anggota polis Azilah, Sirul dan Abdul Razak, dan kerajaan Malaysia untuk bersama-sama membayar RM5 juta secara am, memburukkan lagi dan ganti rugi teladan kepada keluarga.

Sementara itu, Sirul kini dilaporkan sudah dibebaskan dari Pusat Tahanan Imigresen Villawood, Syney, Australia sejak dua minggu lalu. — The Star/R.Sekaran

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram