SEORANG pembantu kantin sekolah yang bercuti bersama keluarganya ditemukan lemas di Pantai Air Papan, Mersing, Johor Bahru, Johor pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani berkata, menurut saksi, Mohamad Yasin Abdul Jaleel, 18, dijumpai terdampar di tepi pantai berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari, sebelum diberi bantuan oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian.
"Mangsa (Mohamad Yasin) yang berasal dari Kluang telah dibawa ke Hospital Mersing untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
“Hasil siasatan mendapati tiada unsur-unsur jenayah di dalam kejadian ini.
“Kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR),” katanya. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram