Poster Mat Sabu beli beras boleh gemuk hanya fitnah, sah palsu


  • Primer
  • Ahad, 01 Okt 2023

Gambar poster tular berkaitan isu pembelian beras dan kegemukan adalah satu fitnah, tegas Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan pada Ahad.

PEJABAT Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan memberi penjelasan bahawa poster tular yang memetik Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkaitan pembelian beras serta kegemukan hanya satu fitnah dan tidak betul.

Sehubungan itu, Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung perkara tersebut untuk tindakan selanjutnya.

"Pihak SKMM telah dilaporkan berhubung perkara ini untuk tindakan selanjutnya.

"Orang ramai adalah dinasihatkan supaya menyemak dahulu kesahihan semua kandungan yang diviralkan supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang sengaja direka," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.

Sebelum ini, poster yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu seolah-olah memetik kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad.

"Beli beras ikut keperluan, jangan makan terlalu banyak, boleh menggemukkan badan," kata poster itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram