PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan pelakon terkemuka India, Rajinikanth pada Isnin,
Menerusi perkongsian di Facebook Anwar, pertemuan dengan Rajinikanth itu berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya.
Anwar berkata, beliau menghargai penghormatan yang diberikan oleh Rajinikanth terhadap perjuangannya, terutama berkaitan isu kesengsaraan dan penderitaan rakyat.
Anwar menerima kunjungan Rajinikanth di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada Isnin. — PMO
"Antara yang dibincang secara santai pastinya berkaitan elemen kemasyarakatan yang saya perjuangkan untuk dimasukkan dalam filem-filem beliau kelak,” kata Anwar.
Rajnikanth mula menceburi bidang lakonan pada tahun 1973 dan antara filem lakonan beliau termasuklah ‘Sivaji: The Boss’. — Bernama
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram