Polis temui 10 mayat mangsa, kotak perakam suara kokpit pesawat


  • 112
  • Khamis, 17 Ogos 2023

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan unit Forensik membawa keluar mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina Shah Alam pada Khamis. — Bernama

SEMUA 10 mayat mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada Khamis sudah ditemui bersama lima bungkusan cebisan badan yang terpisah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pada masa ini operasi mencari semua mayat selesai dijalankan, namun akan bersambung sekiranya masih ada anggota tubuh badan atau cebisan mayat yang hilang.

"Semua 10 mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.

"Tumpuan pencarian selepas ini adalah mengesan Perakam Data Penerbangan (FDR)," katanya.

SHAH ALAM, 17 Ogos -- Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membawa keluar mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina Shah Alam hari ini.--fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia membawa keluar mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Bandar Elmina pada Khamis. — Bernama

Terdahulu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, satu daripada mayat itu ditemui lengkap iaitu penunggang motosikal, manakala lima lagi mayat ditemui tidak sempurna berkemungkinan penumpang, kru pesawat dan pemandu sebuah kereta.

"Dalam kapal terbang, ada lapan orang, satu pemandu kereta dan motosikal. Pemandu kereta ini kita tidak tahu sama ada pemandu e-hailing (Grab) dan adakah penumpang dalam kereta itu," katanya

Selain itu, polis turut menemui kotak perakam suara (CVR) kokpit pesawat Beechcraft 390 (Premier 1) itu pada pukul 10.20 malam.

Perakam suara kokpit iaitu sebahagian daripada kotak hitam milik pesawat terhempas di Bandar Elmina dengan Biro Siasatan Kemalangan Udara bakal melakukan analisis lanjut terhadapnya. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram