Salahuddin Ayub di ICU, pakar bedah saraf sahkan jantung masih berfungsi


  • Primer
  • Ahad, 23 Jul 2023

Salahuddin dikejarkan ke hospital selepas mengalami muntah-muntah dan mual. — Bernama

"BELIAU masih bernafas dan jantungnya juga masih berfungsi."

Demikian perkembangan terbaharu mengenai keadaan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub yang dikongsikan oleh Setiausaha Akhbarnya, Syakirin Husnal pada Ahad.

Menurut Syakirin, keadaan semasa Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai itu disahkan oleh pakar bedah saraf Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Dimaklumkan juga bahawa, Salahuddin masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB selepas selamat menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Pada masa sama, Syakirin Husnal meminta semua pihak berhenti menyebar dan mempercayai khabar angin kononnya Salahuddin sudah meninggal dunia.

Katanya, sebarang perkembangan terkini akan dikeluarkan oleh pihaknya sahaja.

Pada Sabtu, Salahuddin dikejarkan ke hospital selepas mengadu tidak sihat serta mengalami muntah-muntah.

KPDN dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, Salahuddin yang dijadualkan menghadiri satu program di Alor Setar, Kedah dikejarkan ke hospital pada pukul 10.15 malam.

Beliau selamat menjalani pembedahan kira-kira pukul 8 pagi, Sabtu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram