Lelaki mirip bekas pemain bola disyaki terlibat kes pecah rumah di Pontian


  • 112
  • Rabu, 05 Jul 2023

Seorang lelaki dipercayai memecah masuk rumah penduduk di Benut, Pontian. — WhatsApp

TULAR di media sosial kes pecah rumah yang berlaku di Benut, Pontian, Johor membabitkan perlakuan tiga orang penjenayah tempatan.

Lebih mengejutkan, salah seorang daripada individu yang dikatakan terlibat dalam kes jenayah tersebut mirip seorang bekas pemain kelab selatan tanah air.

Berdasarkan perkongsian WhatsApp tular, kes pecah rumah itu membabitkan tiga lelaki dengan dua daripadanya berjaya ditangkap.

"Salah seorang ditangkap ketika kereta dinaiki mereka terbabas di Pt Hj Ahmad manakala seorang lagi di Jeti Ayer Baloi.

"Manakala seorang penjenayah terlepas lari ke kawasan Pentadbiran BP Ayer Baloi.. tak tahu kawasan mana," demikian hantaran WhatsApp tersebut.

WhatsApp Image 2023-07-06 at 23.14.25

Difahamkan, individu yang masih lolos itu mengenakan pakaian baju dan seluar hitam.

"Nampak masih muda lagi..seorang bekas pemain bola sepak kelab selatan tanah air katanya," tulis hantaran WhatsApp itu lagi.

Sementara itu, dalam satu hantaran WhatsApp berbeza mendakwa lelaki terakhir yang berjaya melarikan diri itu dikatakan dapat ditangkap pada Rabu.

"Yang seorang tu bekas pemain bola sepak dulu...katanya diberkas di jeti Sungai Ayer Baloi," tulisnya.

photo1688560354 (1)

Seorang lagi rakan jenayah suspek yang berjaya ditahan polis. — WhatsApp

Perkongsian WhatsApp itu juga menyebut kumpulan penjenayah itu menggunakan modus operandi menutup meter air luar rumah dan apabila tuan rumah keluar, mereka akan menghulurkan parang dengan merompak dan menyamun mangsa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Pontian, Deputi Superintendan Abdul Hamid mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa kes masih dalam siasatan.

Memetik sumber, dimaklumkan bahawa bekas pemain bola sepak berusia 33 tahun itu ditahan selepas polis melihatnya dalam keadaan mencurigakan dan mendapati dia disyaki terbabit dengan kejadian pecah rumah.

"Suspek cuba bertindak agresif apabila polis cuba menahannya menyebabkan berlaku pergelutan kerana enggan memberi kerjasama," katanya.

Bekas pemain kelab Liga Super itu bersama rakannya ditahan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram