Iftar Sime Darby Oils meriah, telatah penghuni Pusat Jagaan Cahaya Bistari gamit memori zaman kanak-kanak


  • Bizz
  • Sabtu, 08 Apr 2023

SDOIL menyerahkan sumbangan RM15,000 kepada Pusat Jagaan Cahaya Bistari.

SERAMAI 50 penghuni Pusat Jagaan Cahaya Bistari diraikan dalam satu majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan duit raya anjuran Sime Darby Oils (SDOIL) pada Khamis.

Pengarah Urusan SDOIL, Mohd Haris Arshad berkata, majlis berbuka puasa pada tahun ini lebih bermakna selepas rakyat dibelenggu dengan pandemik Covid-19.

"Kami cukup bertuah kerana dapat meraikan majlis berbuka puasa bersama penghuni dan pengiring Pusat Jagaan Cahaya Bistari, melihat telatah anak-anak ini sudah semestinya mengamit memori ketika zaman kanak-kanak.

"Kami amat bersyukur kerana impian untuk mengadakan majlis ini terlaksana malah lebih bermakna dengan kehadiran kumpulan pengurusan tertinggi syarikat dan kakitangan yang lain," katanya.

WhatsApp Image 2023-04-08 at 3.59.54 PM (1)

Majlis berbuka puasa anjuran SDOIL diadakan di Sime Darby Plantation Tower, Ara Damansara, Selangor.

Beliau menambah, SDOIL sentiasa menyokong Pusat Jagaan Cahaya Bistari dalam usaha melahirkan komuniti bermotivasi tinggi sekali gus melahirkan generasi baharu yang menjadi penyumbang kepada pembangunan modal insan negara.

"Dalam mengharungi era globalisasi perniagaan, kami tidak hanya menumpukan kepada faktor keuntungan syarikat semata-mata.

"Tanggungjawab sosial juga menjadi sebahagian daripada elemen penting dalam memastikan kejituan perniagaan yang mampan serta seimbang," katanya.

WhatsApp Image 2023-04-08 at 4.02.18 PM

Seramai 50 anak yatim menerima sumbangan dan duit raya dari SDOIL.

Dalam majlis itu, lima usahawan industri makanan popular seperti Apam Balik, Cendol KL Katering, Putu Bambu Kak Nor, Eatsammo Dumplings dan Kak Nor Kitchen Laksa menghidangkan menu masing-masing buat tetamu istimewa SDOIL.

Lebih menggembirakan SDOIL menyerahkan sumbangan RM15,000 kepada Pusat Jagaan Cahaya Bistari beserta duit raya dan kepada penghuni pusat penjagaan berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi SDOIL Datuk Seri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani, Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Plantation, Mohamad Helmy Othman Basha dan Timbalan Pengarah Urusan SDOIL Renaka Ramachandran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram