Kes cabul dan samun di Tanah Merah, 4 anggota polis ditahan


  • 112
  • Sabtu, 31 Dis 2022

Kes disiasat di bawah seksyen 395/354 Kanun Keseksaan.

EMPAT anggota polis di Kelantan masing-masing tiga berpangkat konstabel dan seorang koperal ditahan bagi membantu siasatan kes samun dan cabul di Tanah Merah, Rabu lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kesemua suspek yang berusia 22 hingga 28 tahun itu ditahan oleh pasukannya pada 29 Disember lepas dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Pada 28 Disember lalu, lebih kurang pukul 11.24 malam, polis Daerah Tanah Merah telah terima satu laporan polis berkaitan kes samun dan cabul melibatkan suspek anggota polis.

"Saya mengesahkan perkara tersebut dan pada 29 Disember pihak polis telah menjalankan tangkapan ke atas semua suspek yang akan direman untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah seksyen 395/354 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Muhamad Zaki berkata, ujian saringan air kencing kesemua suspek juga didapati negatif dadah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram



samun, cabul, polis, kelantan, anggota