Lima bulan hilangkan diri, guru Kelantan disyaki rogol anak Orang Ulu ditahan di Thailand


  • 112
  • Sabtu, 24 Dis 2022

Suspek (tengah) ditahan pihak berkuasa Thailand.

KELICIKAN seorang guru melarikan diri selepas dituduh terlibat merogol seorang pelajar sekolah menengah di Bintulu, Sarawak akhirnya tumpas selepas dia akhirnya berjaya diberkas baru-baru ini.

Ssupek dipercayai ditahan di Thailand berdasarkan satu status yang dimuat naik di halama Facebook Dari D9 Ke Tahanan Tanpa Bicara.

"Akhirnya ditangkap di Thailand, kes rogol pelajar Bintulu, Sarawak," tulis laman Facebook itu pada Ahad.

Sebelum ini, Majoriti melaporkan seorang guru dari Kelantan didakwa merogol seorang pelajar sekolah menengah di Bintulu, Sarawak.

Dakwaan itu menjadi semakin hangat apabila mangsa kedua tampil membuat laporan polis.

Pengerusi Biro Pergerakan Pembangunan Wanita Kayan Tubau/Jelalong, Victoria Mujan Anak Nyeigok berkata, kedua-dua mangsa diraba di bilik muzik di sekolah berkenaan.

"Kedua-dua mangsa merupakan anak Orang Ulu dan berumur 14 tahun," katanya kepada Majoriti dalam laporan pada Ogos lalu.

WhatsApp Image 2022-12-24 at 12.02.13 PM (1)

Hebahan pihak polis polis berhubung kes tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bintulu, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintenden Bartholomew Umpit berkata, suspek dikehendaki untuk membantu siasatan bersabit satu kes rogol pada 29 Julai lalu di daerah Bintulu, Sarawak.

Katanya, suspek seorang penjawat awam yang dikenali sebagai Tengku Nasrul Haizal Mohd Nasir, 33, dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes rogol yang berlaku di bahagian ini pada 29 Julai lepas.

"Kes yang melibatkan suspek yang berasal dari Tumpat, Kelantan ini akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

"Justeru, mana-mana orang awam yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat mengenai penama ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Nurikman Bin Hadi di talian 019-3517155," ujarnya.

Orang ramai juga katanya boleh menghubungi terus talian Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu di talian 086-318304. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram