
DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan dua laluan tambahan di bawah perkhidmatan bas percuma GoKL, mulai Khamis.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, dua laluan baharu bas percuma GoKL tersebut menjadikan secara keseluruhan 13 laluan di ibu negara.
"DBKL turut menyasarkan untuk memperkenalkan dua laluan baharu setiap tahun.
"Laluan baharu berkenaan lebih tertumpu pada kawasan perumahan dan komuniti perumahan awam untuk memudahkan pergerakan penduduk setempat.
“Bas-bas itu akan berhenti di kawasan yang kerap dikunjungi seperti klinik kerajaan dan stesen pengankutan awam,” katanya ketika menaiki pengangkutan awam tersebut itu pada Jumaat.
Tambah beliau lagi, laluan itu akan diteliti dan dinilai bagi memastikan ia memenuhi keperluan penumpang.
“Sebagai contoh, kami mungkin mempertimbangkan untuk menggunakan bas yang lebih pendek di beberapa kawasan di mana jalan kediaman lebih sempit dan sukar untuk dilalui.
“Ketika ini, bas GoKL bersaiz 13 dan 10 meter panjang,” katanya.
Laluan itu akan dilancarkan secara rasmi pada hari Sabtu ini.
Laluan tambahan bagi Laluan Krim bermula dari Hab Taman Fadason dan berhenti di Laman Rimbunan Kepong dan juga Klinik Kesihatan Jinjang, PPR Sri Aman Jinjang, Pusat Komersial Kepong dan Brem Mall.
Sementara, Laluan Merah Lembayung bermula di MRT Jinjang ke Matrade dan melalui hentian Kereta Api Tanah Melayu (KTM), MATRADE, Publika dan beberapa kawasan perumahan.
Bas-bas itu akan bergerak dengan kekerapan 15 minit pada waktu puncak dan 30 minit pada waktu bukan puncak.
Untuk maklumat lanjut,anda boleh melayari laman web www.dbkl.gov.my atau facebook/dbkl2u atau muat turun aplikasi mudah alih GoKL. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram