Bekas MB Perlis meninggal dunia, disyaki sebab masalah buah pinggang


  • Primer
  • Khamis, 01 Dis 2022

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan selepas solat Jumaat esok di Masjid Lama Arau. — Facebook

BEKAS Menteri Besar Perlis, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh, 78, meninggal dunia pada pukul 3.15 petang Khamis di kediamannya di Arau, dekat Kangar, Perlis.

Allahyarham yang meninggal dunia di sisi ahli keluarganya, difahamkan menghidap sakit buah pinggang sejak lima tahun lepas.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Sri Elham Hamid Abdullah dan lima orang anak iaitu tiga perempuan dan dua lelaki.

Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan selepas solat Jumaat esok di Masjid Lama Arau. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram