Syed Saddiq tepati ramalan, pertahan pengaruh di Muar


  • Politik
  • Ahad, 20 Nov 2022

Syed Saddiq berjaya mengekalkan kemenangan di Parlimen Muar.

CALON muda pilihan ramai berjaya menepati ramalan apabila memenangi kerusi di Parlimen Muar selepas diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang mewakili parti MUDA berjaya mengekalkan kerusi di parlimen itu selepas mengumpul 19,961 undi, menewaskan pencabar terdekatnya Abdullah Husin (PN) dengan 18,616 undi.

Sementara itu, pertembungan empat penjuru di Parlimen Simpang Renggam menyaksikan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohamad menang selepas meraih 1,821 majoriti.

Beliau berjaya mengumpul 42 peratus undi bersamaan 18,312 dengan meninggalkan pencabar terdekat, iaitu penyandang kerusi itu, Maszlee Malik yang hanya memperolehi 16,491 undi.

Dua lagi calon iaitu Fazrul Kamat (PN) hanya meraih 9,077 undi sementara wakil Pejuang, Kamal Kusmin perlu berpuas hati selepas memperolehi 251 undi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram