BEBERAPA kawasan di Shah Alam, Selangor dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak kira-kira pukul 3 petang pada Selasa.
Perkara tersebut dilaporkan oleh para pengguna Facebook memuat naik beberapa gambar dan video memaparkan limpahan air di atas jalan raya serta beberapa rumah terkesan akibat insiden berkenaan.
Antara kawasan yang terlibat dengan banjir kilat berkenaan termasuklah Seksyen 17, Seksyen 24, Seksyen 25, dan Padang Jawa, Shah Alam, Selangor.
Kawasan rumah di Alam Impian, Seksyen 17, Shah Alam, Selangor mula dinaiki air setinggi 0.3 meter. — Facebook
Salah seorang pengguna media sosial, Mardiana Marmono Gill berkongsi di Facebook memaklumkan kawasan rumah di Alam Impian, Seksyen 17, Shah Alam, Selangor mula dinaiki air setinggi 0.3 meter bermula pukul 4.30 petang.
"Balik rumah tadi harung banjir nak sampai ke rumah pengawal keselamatan, memang takut sebab kereta tak berapa nak tinggi," tulisnya di Facebook.
Kawasan Klang, Selangor berisiko menghadapi banjir. — Facebook
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago turut berkongsi keadaan semasa yang sedang berlaku di Jalan Kebun, Klang ketika ini.
"Daerah Klang, Jalan Kebun (63.5mm), sedang menerima paras taburan hujan yang menunjukkan bacaan tinggi dengan trend meningkat.
"Mohon agensi berada dalam keadaan waspada terhadap risiko berlakunya banjir dan banjir kilat," katanya di Facebook.
Senario banjir itu pastinya meresahkan pengundi menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram