ASB, ASB 2 naik had pegangan ke RM300,000


  • Primer
  • Jumaat, 07 Okt 2022

Jumlah had pegangan ASB dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini.

JUMLAH had pegangan ASB dan ASB2 dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 sebelum ini.

Menteri Kewangan, YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Bajet 2023 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama pada Jumaat.

Bank Simpanan Nasional (BSN) juga akan menyediakan dana pinjaman mudah untuk membantu B40 bumiputera melabur dalam ASB dengan tawaran pinjaman pada kadar 1.5 peratus melibatkan dana RM100,000.

Dalam pembentangan Bajet 2023 itu juga, kerajaan turut mengumumkan pemberian Kredit e-Dompet bernilai RM100 kepada kumpulan M40 berpendapatan tahunan di bawah RM100,000 akan memanfaatkan lapan juta rakyat Malaysia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram