LELAKI warga emas yang hilang di sungai di Kampung Air Panas, dekat Gerik, Perak sejak beberapa hari lepas, ditemukan lemas pada Khamis.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak berkata, anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Gerik digegaskan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.38 pagi Khamis.
"Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersangkut pada jarak lima meter dari tebing sungai.
"Mangsa yang berusia 60-an disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram