OctaFX dalam senarai amaran kewangan Bank Negara


  • Primer
  • Khamis, 01 Sep 2022

BNM menyenaikan senarai skim pelaburan yang mencurigakan.

BANK Negara Malaysia (BNM) menyenaraikan platform dagangan OctaFX di bawah senarai amaran kewangan pengguna.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 29 Ogos lalu, BNM memaklumkan syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan mahupun diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan pengurusan bank pusat.

Senarai amaran kewangan pengguna tersebut turut meletakkan OctaFX termasuk laman media sosial platform perdaganan itu seperti YouTube, Twitter, Facebook, LindkeIn, Instagram dan Telegram.

BNM memaklumkan senarai itu berfungsi sebagai panduan bagi meningkatkan kesedaran tentang entiti atau skim yang mampu disalah tafsir atau dilaporkan sebagai entiti melibatkan penipuan.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) juga telah meletakkan OctaFX dalam senarai makluman pelabur bagi syarikat atau laman web yang melakukan aktiviti pasaran modal tanpa lesen atau berdaftar.

BNM menggesa orang ramai supaya berhati-hati melakukan aktiviti pelaburan ke dalam mana-mana entiti skim kewangan bagi mengelakkan orang ramai menjadi mangsa pelaburan yang mencurigakan.— The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram