Bongkah simen landasan LRT3 jatuh timpa gerai di Klang


  • 112
  • Ahad, 14 Ogos 2022

Khemah gerai peniaga berlubang akibat kepingan simen yang jatuh daripada landasan projek LRT3 di Klang, pada Ahad. — Facebook/MPK

SEKUMPULAN peniaga berdepan detik cemas selepas beberapa kepingan simen dari landasan Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) jatuh menimpa gerai mereka di Kompleks Pasar Meru Klang, Klang, Selangor, pada Ahad.

Pengarah Komunikasi Korporat Majlis Perbandaran Klang (MPK), Norfiza Mahfiz berkata, dalam kejadian pada pukul 9.30 pagi itu, sebanyak empat khemah terlibat dalam insiden tersebut.

Bagaimanapun, Norfiza memaklumkan bahawa tiada kecederaan dilaporkan di lokasi terbabit.

Menurutnya, pihak yang menyelenggara LRT3 turut diarah menghentikan segala kerja-kerja di atas landasan tersebut serta-merta.

299512223_369788032002367_4062416869703537426_n

Antara kepingan simen yang jatuh daripada landasan projek LRT3. — Facebook/MPK

"Pihak pemaju melaporkan sewaktu kerja hacking dilakukan sekitar pukul 9.30 pagi, sebahagian kepingan simen jatuh di atas kanopi kedai pasar.

"Kerja dihentikan dengan serta-merta dan pembersihan dilakukan. Tiada kecederaan berlaku dan kerja-kerja di atas trek adalah di luar jangka MPK," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Norfiza turut memaklumkan para peniaga yang terjejas dipindahkan ke petak niaga berhampiran lokasi kejadian sementara kawasan tersebut ditutup. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram