Akaun telegram peribadi Ismail Sabri jadi sasaran penggodam


  • Primer
  • Isnin, 08 Ogos 2022

Ismail Sabri memohon agar mana-mana pihak untuk melaporkan kepada pihak berkuasa berhubung akaun peribadi Telegramnya digodam. — Bernama

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, akaun Telegram peribadi miliknya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

Ismail Sabri memohon agar mana-mana pihak untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa mengenai perkara terbabit.

Screenshot 2022-08-08 184057

Tangkap layar hantaran di Twitter Ismail Sabri.

"Perhatian: akaun telegram peribadi saya telah digodam oleh individu tidak bertanggungjawab.

"Mohon laporkan kepada pihak berkuasa," katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Isnin.

Beliau turut menggesa agar mengabaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Ismail Sabri Yaakob, godam, Telegram, Twitter